PERAPAN AYAM

assalammualaikum semua....

 Hari ini ummi berkumpul ramai-ramai dengan keluarga ummi.Jadi kami apa lagi buat bakar-bakar la kami.
Kami memang kalau berkumpul adik-beradik ada saja aktivitinya.Makan-makan la salah satu aktiviti yang keluarga kami.hahahahaha.....

Ok lah jadi hari ini ummi mahu share resepi PERAPAN AYAM untuk bakar-bakar.Perapan ini ummi memang selalu guna perapan ini.Perapan ini boleh juga digunakan untuk perapan apa-apa sekali pun.Ayam ke ikan ke daging ke.
Resepi ini dari mak cik ummi tapi ummi olah sedikit resepinya.Sebab kita kan tekak masing-masing,jadi ummi olah ikut tekak ummi.Perapan ini boleh juga kita goreng yer.Jadi jika mahu buat ayam goreng berempah boleh juga guna resepi ini.

BAHAN-BAHAN PERAPAN



BAHAN-BAHAN PERAPAN (PERAPAN INI UNTUK 1 EKOR AYAM)

2 biji bawang besar   *
6 ulas bawang putih    *
3 inci halia     *
6 batang serai    *
3 inci lengkuas    *
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis ABC
3 sudu besar serbuk jintan manis
3 sudu besar serbuk jintan putih
3 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar gula
2 sudu besar garam
2 sudu besar secukup rasa maggi


CARA-CARANYA

Mula-mula kita blender dahulu bahan-bahan yang bertanda(*) sehingga halus.
Setelah blend kita campur semua bahan dan digaul sebati dan boleh la campur dengan bahan mentah yang telah di bersihkan.
Setelah kita campur semua bahan kita biarkan dahulu selama 1 jam,tapi lagi sedap jika kita perap semalaman.Sudah perap boleh lah di goreng atau dibakar.







Ulasan