IKAN SIAKAP 3 RASA AYAH UMMI


Assalammulaikum semua..Hari ini ummi mahu berkongsi salah satu resepi kegemaran keluarga ummi iaitu IKAN SIAKAP 3 RASA..Kalau ummi masak menu ini mesti keluarga ummi makan bertambah taw.Jadi kalau ingin lihat anak-anak ummi makan banyak,ini la menunya..
    Resepi ini ummi belajar dari arwah ayah ummi taw.Arwah ummi ni seorang yang pandai lah juga masak.Kalau arwah ayah ummi masak dulu mesti kami adik-beradik akan makan dengan banyak.Ini kerana arwah ayah ummi ni bukan selalu masak tau..Kadang-kadang jer arwah ayah mahu masak..Selebihnya mak ummi la yang akan masak.
Ok lah kita teruskan dengan resepi kita tadi nya.

BAHAN-BAHAN

1 ekor   ikan siakap sederhana saiznya
1 biji    bawang besar    *
4 ulas  bawang putih      *
6 tangkai   cili kering    *
2 sudu besar   sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar  sos tiram
2 inci    halia   (dihiris halus)
1 batang serai   (diketuk)
1/2 biji nenas     (dipotong kecil-kecil)
2 biji tomato     (dibelah 4)
1 biji   bawang holland  (dipotong bulat-bulat)
2 tangkai cili api   (dibelah 2)
garam , gula  dan secukup rasa maggi  (ikut tekak sendiri)
Sedikit daun ketumbar sebagai hiasan.

CARA-CARANYA

Kita bersihkan dahulu ikan dan rendam sekejap dengan tepung untuk hilang kan bau hanyirnya.
lepas itu kita gaulkan ikan tadi dengan garam,serbuk kunyit dan juga sedikit tepung(tepung apa-apa pun boleh.)Blendkan bahan-bahan yang bertanda (*) hingga halus.
Goreng ikan tadi hingga garing dan ketepikan.Selepas itu kita tumis minyak dan kita masukkan bahan yang telah diblend halus tadi.Tumis sehingga garing sedikit dan boleh lah kita masukkan sos cili , sos tomato , dan juga sis tiram tadi..
Gaul rata hingga garing.Masukkan pula halia dan juga serai tadi.Biar seketika dan boleh lah kita masukkan garam, gula dan secukup rasa maggi.
Seterusnya kita bolehlah masukkan nenas , tomato , cili api dan juga bawang holland.
Jika pekat sangat boleh lah tambah sedikit air.Biar mendidih sebentar dan boleh lah kita curahkan di atas ikan yang telah di goreng tadi.
Bolehlah dihidangkan.

Ulasan