KEK COKLAT MOIST


Assalammulaikum teman-teman ummi semua.

Hari ni ummi update resepi KEK COKLAT MOIST yang anak-anak ummi suka sangat.Anak-anak ummi memang akan selalu minta ummi buatkan kek.Satu hari pun boleh habis taw kalau anak-anak ummi makan kek besar ini.
Kek ini juga selalu jadi permintaan pelanggan ummi.Ummi juga menjual kek moist ni.Saja mengisi masa lapang ummi.Alhamdulillah pelanggan ummi semua nya puas hati dengan kek moist ini.Bahan-bahan untuk kek ini mudah sahaja.Senang pula untuk mencari bahannya.Di kedai-kedai biase pun senang mahu mencari bahannya.

Antara BAHAN-BAHANNYA  adalah

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko *
1 cawan gula     *
1/2 cawan susu pekat      *
1 cawan susu cair / susu FULL CREAM    *
2 biji telur
1 penutup esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan minyak masak      *

CARA-CARANYA

Mula-mula sekali kita campurkan semua bahan-bahan yang bertanda  (*) didalam 1 periuk.Gaul semua bahan tadi hingga larut dan panaskan di atas dapur dengan api yang sederhana sahaja.Selepas semua bahan sudah larut boleh la tutup api dan ketepikan.
Seterusnya campurkan bahan kering seperti  tepung gandum, soda bikarbonat dan juga baking powder.Ayak bahan kering tadi sehingga habis.
Setelah itu bahan yang telah di ayak tadi masukkan telur dan di gaul rata.Setelah rata bolehlah masukkan bahan yang dimasak tadi dan di gaul sehingga sebati.Akhir sekali masukkan esen vanila dan digaul lagi.Setelah semua bahan dikacau sebati,boleh la di tuangkan ke dalam loyang yang telah di sedia kan.Loyang perlulah disapu terlebih dahulu dengan planta dan dilapik dengan kertas minyak.Ini kerana bagi mengelakkan dari kek melekat pada loyang dan juga untuk menyenangkan proses mengeluarkan kek daripada loyang.
Untuk sukatan aduanan ini ummi guna kan loyang yang berukuran 6 inci sahaja tapi gambar di atas berukuran 10 inci.Jadi jika 10 inci kenalah tambah kuantiti adunannya.

# kek ini boelh dikukus atau pun di bakar.
   kukus - 30 minit atau sehingga masak
   bakar - suhu 180"c selama 30 minit

BAHAN-BAHAN TOPPING KEK

 1 cawan serbuk koko
 1 cawan susu pekat
 1 cawan minyak masak
  susu cair / susu FULL CREAM (untuk kepekatan @ cair topping)

CARA-CARA NYA

Campur semua bahan tadi dan masak diatas dapur dengan api yang sederhana.
Masak bahan-bahan tading sehingga semuanya larut kepekatan ikut kesukaan anda.

Jika mahu topping yang cair meleleh boleh la tambah lagi susu cair/susu FULL CREAM.

# SEBELUM CURAH DIATAS KEK,TOPPINGNYA HARUS DISEJUKKAN DAHULU.
 $ HIASAN IKUT KREATIVITI TEMAN-TEMAN

SELAMAT MENCUBA



Ulasan