RENDANG AYAM UMMI


Assalammualaikum teman-teman
    Hari ni ummi mahu share resepi yang kerap juga ummi buat, tambah kalau ummi mengandung, memang ini la menu yang ummi akan cari untuk makan.
Menu ini juga jadi menu keutamaan di waktu hari raya.Keluarga ummi juga alhamdulillah menyukai RENDANG AYAM.
Lauk ini boleh dimakan dengan apa-apa sekali pun.Dengan nasi impit,nasi,atau pun dengan roti.
Memang sedap la.Mai la cuba resepi ini.Semoga resepi ini menjadi kesukaan teman-teman juga.

BAHAN-BAHANNYA

1 ekor ayam(dibersihkan dan dipotong 20)
1 biji bawang besar    *
4 ulas bawang putih    *
2 inci halia        *
2 inci lengkuas       *
6 tangkai cili kering    *
2 inci belacan      *
6 batang serai  ( 4 batang blend..2 batang diketuk)     *
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 sudu besar serbuk jintan manis'
2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 kotak santan (ummi guna santan KARA)
1 peket  kerisik
garam .. gula merah ... serbuk secukup rasa maggi
(ikut tekak masing-masing)
daun kunyit   (dihiris halus.)


CARA-CARANYA

Campur semua bahan ke dalam blender.Blend semua bahan yang bertanda  (*) sehingga lumat.
Seterusnya kita panas kan minyak.Bila minyak sudah panas bolehlah masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.Tumis sehingga naik bau dan boleh lah masukkan bahan yang diblender tadi dan juga serai yang diketuk.Tumis sehingga garing.
Selepas itu boleh la masukkan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, dan juga ketumbar.Tumis sekali lagi sehingga garing.Jika terlalu pekat boleh lah tambah sedikit air.Gaul rata dan boleh masukka pula ayam yang telah dibersihkan.Gaul rata lagi.
Tambah sedikit lagi air dan biar seketika sehingga mendidih.Seterusnya masukkan garam, gula merah dan juga serbuk secukup rasa maggi.
Biarkan mendidih dan boleh lah masukkan santan dan biar mendidih lagi.Aapabila ayam nya sudah masak boleh lah kita masukkan kerisik.Akhir sekali kita masukkan daun kunyit yang telah dipotong tadi dan bolehlah dihidang.

SELAMAT MENCUBA
.....

Ulasan