Asslammualaikum teman-teman ummi.Hari ni ummi nak berkongsi pula resepi yang ummi belajar dari salah seorang kakak ummi di tempat kerja ummi.Kakak ummi ini seorang yang peramah dan suka berkongsi resepi dan juga petua kepada ummi.Tapi pada hari ini resepi ini ummi olah sedikit untuk mengekalkan lembut ROTI JALA ini walaupun sehingga petang.Nama akak ummi ini adalah akak Naemah.Ummi selalu buat resepi ini jika mahu buat majlis atau pun jika mahu bawa ke tempat kerja ummi.ALHAMDULILLAH kawan-kawan ummi suka.
Oklah kita teruskan dengan resepinya.Semoga resepi ini memberi manfaat kepada kita semua.INSYAALLAH..
BAHAN-BAHANNYA ROTI JALA
1kg tepung gandum
2 biji telur
1 sudu kecil garam
1 kotak kecil santan (ummi guna jenama kara)
4 sudu besar minyak
4 cawan air
sedikit pewarna kuning (mahu buat warna lain pun boleh)
CARA-CARANYA
Mula-mula sekali kita campurkan semua bahan dalam 1 bekas yang besar(untuk senang gaul)
Kita gaul rata semuanya.Bila sudah rata semuanya,Kita masukkan ke dalam blender.
Kita blend semua bahan hingga halus semua nya.Setelah blend semua boleh lah tuang semua sekali ke dalam bekas semula.
# jika setelah blend,lihat aduanan tadi.Jika pekat sangat boleh la tambah air sedikit demi sedikit sehingga kepekatan yang kita mahukan.
# ingat adunan jangan pekat sangat ini kerana nanti masa menjala,aduanan susah mahu keluar.
KUAH ROTI JALA (KUAH KARI)
BAHAN-BAHANNYA
1 biji bawang besar (dihiris)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 mangkuk kecil isi ayam
2 biji ubi kentang (dipotong dadu)
4 sudu besar serbuk kari
1 kotak kecil santan (ummi guna jenama kara)
garam , secukup rasa maggi
CARA-CARANYA
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan kulit kayu manis dan juga bunga lawang.
Selepas itu kita masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi.Tumis hingga wangi.
Dan kita masukkan serbuk kari dan serbuk kunyit.Dan tambah sedikit air.dan masak hinga sedikit garing dan masukkan pula ubi kentang dan juga isi ayam.Tambah sedikit air untuk masakkan dan lembutkan ubi kentang.
Selepas itu masukkan garam dan secukup rasa maggi.dan masukkan santan dan gaul rata.
Jika pekat sangat boleh lah tambah air.masak hingga ubi kentang masak.Selalu kacau untuk mengelakkan dari pecah minyak.
Setelah masak bolehlah dihidangkan bersama roti jala tadi.
1 sudu kecil serbuk kunyit

Ulasan
Catat Ulasan